Kursus Guru-Guru SRITI
Zon Utara - Perlis, Kedah, P. Pinang
Di Nahdzoh Inn Pulau Pinang 27 - 29 November 2017
Di Nahdzoh Inn Pulau Pinang 27 - 29 November 2017
Sekolah Rendah Intergrasi Teras Islam Raudhatu As-Solihin , Pokok Sena , Kedah Darul Aman
SELURUH umat Islam menyambut Hari Raya Aidiladha bukan sahaja bersempena ibadat haji yang menjadi salah satu daripada rukun Islam yang diwajibkan kepada mereka yang berkuasa dan mampu, bahkan juga bersempena memperingati sunnah Nabi Ibrahim A.S. yang disambung perjuangannya oleh Nabi Muhammad S.A.W.
“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”
SELURUH agama dan ideologi menentang kemungkaran di semua peringkat dan lapangan, sama ada peringkat individu, keluarga, masyarakat sehinggalah alam sekitar, atau melibatkan sistem kehidupan, politik, ekonomi dan lain lain. Hanya segelintir manusia yang berfikir di luar tabie dan menganut fahaman seperti falsafah Mazdak atau Zoroaster di Zaman Parsi Purba atau golongan yang dikenali Hippie di zaman kini. Mereka menghalalkan semuanya di atas nama kebebasan tanpa batas dan menjadikan manusia yang berakal lebih bodoh dan lebih ganas daripada binatang. Mereka berpegang kepada konsep kebebasan yang salah sehingga terbabas melampaui batas atau konsep persamaan dalam semua perkara tanpa melihat adanya sudut fitrah dan kemampuan yang berbeza.
Dari Ibnu Abbas R.A bahawa Nabi S.A.W yang berkata: "Barangsiapa yang berpegang dengan sunnahku, ketika merata kerosakkan pada umatku, maka baginya pahala seratus orang yang mati syahid". (Riwayat Baihaqi)Satu Sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid, Subhanallah! sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga. Di dalam tidur sendiri ada banyak Sunnah.
Sumber Artikel Puasa dan Hukum Jenayah SyariatIBADAT puasa, seperti ibadah solat, adalah jalan utama memperolehi sifat TAQWA. Ia dinyatakan secara jelas di dalam ayat 183 surah al Baqarah.Ayat kefarduan puasa tersebut sebenarnya telah didahului oleh ayat-ayat terdahulu bermula daripada ayat 177 sehingga ayat 182 yang mengisyaratkan satu pernyataan yang menarik. Allah melalui ayat-ayat tersebut telah menyeru para hambaNya yang beriman kepada tiga arahan dan amalan iaitu;Pertama, seruan melakukan amal kebajikan (al birr). Kedua, seruan melaksanakan al qisas (hukuman kesalahan jenayah). Ketiga, seruan agar berwasiat (hukum harta pusaka). Masing-masing ayat tersebut diakhiri dengan sifat TAQWA bagi mereka yang melaksanakannya. Malah, ayat yang menyeru kepada kewajiban al qisas adalah hampir sama dengan ayat yang menyeru kepada kewajiban berpuasa. Ia berakhir dengan "semoga kamu menjadi orang-orang yang BERTAQWA."Jelas, sebagaimana ibadah rukun seperti solat, puasa, zakat dan haji adalah bertujuan memimpin orang yang beriman kepada sifat TAQWA, begitulah halnya hukum-hukum syariat yang lain. Perlaksanaan syariat Islam akan menyemarakkan sifat TAQWA dalam kehidupan individu dan masyarakat Islam.Justeru sebagaimana kita bersungguh-sungguh melaksanakan ibadah solat dan puasa dengan matlamat memperolehi TAQWA, begitulah sayugia kita bersungguh-sungguh menyeru diri, masyarakat dan pemerintah agar memburu TAQWA dengan melaksanakan syariat Islam, hukum-hakam dan halal haramnya sepenuhnya.Allah berfirman, "Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu semua ke dalam Islam sepenuhnya dan janganlah kamu mengikuti jejak langkah syaitan. Sesungguhnya dia bagi kamu adalah musuh yang nyata." (al Baqarah:208)Islam adalah agama yang sempurna dan menyeluruh. Ia tidak boleh dijuzuk-juzukkan, diambil dan ditinggalkan sesuka hati. Ia jelas menuruti jejak langkah syaitan dan menghilangkan sifat TAQWA dalam diri dan masyarakat. Mari bersama menyeru kepada Islam yang syumul.
T uan, MEMOHON SUMBANGAN BAHAN MENTAH Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas. 2. Untuk makluman Tuan, ...