SELURUH umat Islam menyambut Hari Raya Aidiladha bukan sahaja bersempena ibadat haji yang menjadi salah satu daripada rukun Islam yang diwajibkan kepada mereka yang berkuasa dan mampu, bahkan juga bersempena memperingati sunnah Nabi Ibrahim A.S. yang disambung perjuangannya oleh Nabi Muhammad S.A.W.
Kehebatan Nabi Ibrahim A.S ialah beraqidah, bersyariat, dan berakhlak dengan Islam. Islam dengan makna menyerah diri kepada Allah S.W.T. Kita menyaksikan bagaimana kehebatan Islam baginda A.S apabila diperintah oleh Allah S.W.T. membuka bumi Makkah yang kering kontang tidak ada air dan kemudahan asas, meletakkan puteranya Ismail A.S di situ dan mendirikan Kaabah yang menjadi kiblat untuk seluruh manusia sehingga akhir zaman. Baginda A.S menunaikan kewajiban itu bagi menyatakan Islam adalah menyerah diri yang sebenar kepada Allah S.W.T.
Kita menyaksikan bagaimana bumi yang kering kontang itu dikunjungi oleh manusia dari seluruh pelosok dunia dengan menghidupkan ibadat haji dan umrah sehingga ke hari ini. Mereka melakukan ibadah Qurban yang ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim sejak ribuan tahun lamanya dan selepasnya Nabi Muhammad S.A.W. dilantik menjadi rasul terakhir kepada seluruh manusia.
Tidak tergambar dalam hati manusia bagaimana di situ bermulanya dakwah bagi seluruh manusia dengan keyakinan kepada Islam yang menyerah diri kepada Allah. Nabi Muhammad S.A.W telah berjaya membangun manusia generasi awal umat Islam dengan aqidah Islam, keimanan dan menyerah diri kepada Islam yang kosong ekonominya untuk menghadapi dua kuasa besar dunia Parsi dan Rom yang kaya raya dan kuat ketenteraannya.
Sehingga berakhir dengan kewafatan Nabi Muhammad S.A.W dengan meninggalkan ajaran hidup baginda dan disambung oleh Khulafa’ ar-Rasyidin yang menyaksikan kejatuhan kuasa besar dunia Parsi dan Rom. Orang Islam generasi awal yang datang dengan kosong berjaya menguasai Parsi dan Rom, membina tamadun baru Islam, memanfaatkan segala kemajuan kebendaan yang positif, menghapuskan segala yang negatif dengan Islam sehingga berjaya memimpin dunia selama 13 abad dan memerintah negara yang besar bermasyarakat majmuk.
Walaupun orang Islam lemah setelah meninggalkan ajaran Islam dan hari ini kita menghadapi serangan musuh yang bertubi-tubi, bukan sahaja negara umat Islam dimamah dan diratah serta diserang melalui ketenteraan termasuklah melalui media yang menguar-uarkan Islamofobia dengan menyebarkan berita seolah-olah semua keganasan daripada ajaran Islam, padahal dilakukan oleh orang Islam yang jahil dan bebal.
Marilah kita yakin dan percaya bahawa ajaran Islam adalah murni dan bersih dengan konsep menyerah diri kepada ajaran Islam dengan ikhlas. Kita percaya Islam akan kembali mentadbir dunia sekali lagi. Kalau dahulu boleh menjatuhkan kuasa besar dunia dan membetulkan kehidupan dunia, kali ini kebangkitan Islam akan dapat mengambil alih memimpin dunia sekali lagi, insyaAllah.
Marilah kita menyambut Hari Raya Aidiladha dengan semangat Islam yang ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim A.S dan disambung oleh nabi akhir zaman, Muhammad S.A.W ke seluruh pelosok dunia. Akhirnya, pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam walau di mana jua berada. Mudah-mudahan Allah S.W.T. memberkati kita semua.
“Sejahtera Bersama Islam”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Sekolah Rendah Intergrasi Teras Islam Raudhatu As-Solihin , Pokok Sena , Kedah Darul Aman
Perutusan Presiden PAS sempena Hari Raya Aidiladha 1438
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
T uan, MEMOHON SUMBANGAN BAHAN MENTAH Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas. 2. Untuk makluman Tuan, ...
-
Alhamdulillah sehingga kini sebanyak 109 buah SRITI berjaya dibangunkan seluruh MALAYSIA. Penubuhan Sekolah Rendah Integrasi Teras Isla...
-
Pengajaran yang berkesan adalah hasil usaha seorang guru yang berjaya dalam mengaplikasikan pelbagai pendekatan, strategi, kaedah dan te...
-
SRITI - Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam atau SRITI merupakan sebuah pusat pendidikan perin...
No comments:
Post a Comment
Terima kasih diatas teguran dan idea anda