Showing posts with label TGHH. Show all posts
Showing posts with label TGHH. Show all posts

Perutusan Presiden PAS sempena Hari Raya Aidiladha 1438


SELURUH
umat Islam menyambut Hari Raya Aidiladha bukan sahaja bersempena ibadat haji yang menjadi salah satu daripada rukun Islam yang diwajibkan kepada mereka yang berkuasa dan mampu, bahkan juga bersempena memperingati sunnah Nabi Ibrahim A.S. yang disambung perjuangannya oleh Nabi Muhammad S.A.W.

BERI PELUANG KEPADA ISLAM


SELURUH
agama dan ideologi menentang kemungkaran di semua peringkat dan lapangan, sama ada peringkat individu, keluarga, masyarakat sehinggalah alam sekitar, atau melibatkan sistem kehidupan, politik, ekonomi dan lain lain. Hanya segelintir manusia yang berfikir di luar tabie dan menganut fahaman seperti falsafah Mazdak atau Zoroaster di Zaman Parsi Purba atau golongan yang dikenali Hippie di zaman kini. Mereka menghalalkan semuanya di atas nama kebebasan tanpa batas dan menjadikan manusia yang berakal lebih bodoh dan lebih ganas daripada binatang. Mereka berpegang kepada konsep kebebasan yang salah sehingga terbabas melampaui batas atau konsep persamaan dalam semua perkara tanpa melihat adanya sudut fitrah dan kemampuan yang berbeza.

T uan,     MEMOHON SUMBANGAN BAHAN MENTAH Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas. 2.            Untuk makluman Tuan, ...