Menurut huraian ulama’ rahimahumullah, orang yang berziarah kubur dituntut melakukan seperti berikut:
1. Hendaklah ia bersih dari hadas (sunat berwudhuk)
2. Ketika sampai ditanah
perkuburan, disunat memberi salam secara umum kepada ahli kubur dan
berdoa semoga mereka beroleh rahmat dan selamat sejahtera. Ini
diterangkan dalam hadith berikut:
Dari Buraidah al-Aslami r.a, katanya;
” Rasulullah s.a.w pernah mengajar sahabat-sahabatnya apabila
mereka menziarahi tanah perkuburan supaya tiap tiap seorang di antara
mereka (memberi salam dan berdoa dengan berkata: Salam sejahtera kepada
kamu wahai ahli perkampungan (tanah kubur) ini, dari kalangan kaum
mukminin dan muslimin; dan bahawa kami juga- Insya Allah akan menurut
kamu apabila sampai gilirannya; semoga Allah memberi rahmat dan selamat
sejahtera kepada kami dan kamu sekelian ”
(Hadith riwayat Ahmad , Muslim dan Ibnu Majah)
3. Setelah sampai berhampiran
kubur kaum kerabat atau sahabat kenalan, hendaklah berdiri rapat ditepi
kubur dengan mengadap muka simati (untuk mengetahui arahnya, semua
orang mati dikebumikan dengan keadaan mengiring atas sebelah kanannya
dan mukanya mengadap khiblat) sambil memberi salam secara khusus
kepadanya : Contohnya kalau simati ayah kita, maka lafaz salamnya ialah :
”Assalamualaikum wahai ayahku” dan kalau ibu, ” Assalamualaikum wahai ibuku.”
Demikian seterusnya kepada kaum kerabat dan sahabat kenalan, beri
salam dahulu disertakan dengan panggilan yang biasa kita berbahasa
dengan mereka semasa mereka hidup.
4. Selepas memberi salam, sunat membaca aya-ayat suci al-Quran dan menghadiahkan pahalanya kepada simati.
5. Selepas membaca ayat-ayat
suci al-Quran hendaklah mengadap kiblat dan berdoa untuk simati semoga
Allah mengampuni dosanya dan melimpahkan rahmat kepadanya, kerana doa
yang didahului bacaan al-Quran lebih diharap makbulnya.
ZIARAH KUBUR RASULULLAH SAW
Umat Islam umumnya (lelaki dan perempuan), sunat menziarahi kubur
Rasulullah s.a.w di Madinah al Munawwarah kerana pahala dan kebaikannya
amatlah besar.
ZIARAH KUBUR IBU BAPA
Menziarahi kubur ibu bapa adalah sunat muakkad dan besar pahalanya.
Makin bertambah pahalanya – seperti diterangkan dalam hadith-hadith
nabi s.a.w. Makin bertambah pahalanya, jika kubur ibu bapa diziarahi
pada tiap-tiap hari jumaat dan dibacakan surah Yaasin disisinya.
Kelebihan mengenang ibu bapa dengan doa dan dengan menziarahi kuburnya
membawa kebaikan bukan sahaja kepada anak-anaknya yang soleh tetapi juga
kepada anak derhaka. Seperti dalam sebuah hadith diterangkan: Anak
derhaka yang kematian kedua ibu bapanya kemudian dia (menyesal dan
bertaubat) dan sentiasa berdoa untuk mereka, nescaya ia diampuni Allah
dan dikira sebagai anak yang taat.
ORANG YANG MATI SENTIASA BERHAJAT KEPADA DOA UNTUKNYA
”Kenangkanlah daku dalam doamu”- rayuan ini bukan sahaja
terpancar dari orang yang hidup terhadap orang yang hidup, tetapi
sentiasa dirayukan oleh orang yang mati.Ini diterangkan dalam hadith
maksudnya:
”Orang mati dalam kuburnya adalah seperti orang yang sedang
tenggelam yang meminta pertolongan. Ia menunggu sampai kepadanya
(rahmat) sesuatu doa dari anaknya,atau saudaranya, atau sahabat
handainya. Apabila (rahmat) doa itu sampai kepadanya maka tidak terkira
sukacitanya dan dirasainya (rahmat doa itu) lebih berharga daripada
dunia dan segala isinya. Sebenarnya hadiah orang-orang yang hidup kepada
orang mati ialah: ”Doa dan Istighfar”. (Riwayat oleh Ad-Dailami rahimahullah)
Rayuan rohnya dengan suara yang hiba dan menyayukan hati:
Di dalam hadith juga diterangkan, maksudnya:
” Bahawa roh orang-orang mati datang beramai-ramai ke langit
dunia pada tiap-tiap malam dan berhenti bertentangan dengan rumah
masing-masing. Tiap-tiap satu roh di antaranya menyeru berkali-kali
dengan suara yang hiba dan sayu, katanya:
” Wahai ahli rumahku! Wahai kaum kerabat dan anak-anakku! Wahai
orang-orang yang telah mendiami rumah kami, dan yang telah
membahagi-bahagi dan menerima harta pusaka peninggalan kami, adakah
sesiapa di antara kamu yang masih ingat kepada kami atau yang pernah
memikirkan keadaan kami yang sedang berada di alam Barzakh?...kenanglah
kami dan bantulah kami dengan doa dan amal-amal yang salih, semoga Allah
memberi rahmat kepada kamu...”
” Setelah puas menyeru dan merayu, kembalilah kumpulan roh itu ke tempat masing-masing untuk datang lagi pada malam berikutnya.
” Jika ada yang mendoakannya, kembalilah ia dengan gembira. Jika tidak, kembalilah ia dengan hiba dan hampa.” [Hadith yang menyayukan hati ini disebutkan dalam I’anah at-Talibin (2:144) ]
Kedua dua hadith ini menerangkan setakat mana berhajatnya orang yang mati kepada doa orang-orang yang hidup.
Sebab itulah kita diberi panduan di dalam al-Qur’an [ Diantaranya: ayat 41, surah Ibrahim, dan ayat 10, surah Al-Hasyr ]. supaya
tiap-tiap seorang sentiasa berdoa memohon rahmat bukan sahaja bagi
dirinya, ibu bapanya dan kaum kerabatnya- tetapi juga bagi umat Islam
umumnya, yang hidup dan yang mati.
[ Jika si mati orang salih maka doa itu dapat meninggikan darjatnya, dan jika ia berdosa maka doa itu dapat menyelamatkannya dari azab (atau meringankan tanggungannya). Tanwir al-Qulub (217).
[ Jika si mati orang salih maka doa itu dapat meninggikan darjatnya, dan jika ia berdosa maka doa itu dapat menyelamatkannya dari azab (atau meringankan tanggungannya). Tanwir al-Qulub (217).
LARANGAN BERKAITAN DENGAN KUBUR
Banyak perkara terlarang yang dilakukan oleh masyarakat kita berkaitan dengan kubur antaranya:
1. Membuat Bangunan Di Atas Kubur
Imam Syaukani mengatakan: ” Antara larangan meninggikan kubur
adalah termasuk membangun kubah-kubah dan makam-makam (cungkup-cungkup)
yang dibangunkan diatas kubur. Juga termasuk menjadikan kubur sebagai
masjid, padahal Rasulullah s.a.w telah melaknat orang-orang yang berbuat
demikian. Antara lain kepercayaan mereka yang menyangka bahawa
kubur-kubur itu mampu mendatangkan manfaat dan menolak bahaya lalu
mereka menjadikannya sasaran untuk meminta terkabulnya hajat dan tempat
bersandar untuk berhasilnya suatu cita-cita. Dan mereka meminta dari
kubur apa yang semestinya diminta oleh seorang hamba dari Tuhannya,
dengan mengusap-ngusap kubur dan memohon perlindungan daripadanya
seperti perbuatan yang dilakukan oleh orang-orang zaman jahiliah.
2. Menembok Kubur Dan Membuat Tulisan-Tulisan
Berdasarkan hadis Jabir yang diriwayatkan oleh Tirmizi, dilarang
menembok kubur dan membuat tulisan-tulisan di atasnya. Hendaknya kuburan
seorang muslim itu dibuat sederhana dan janganlah berbangga-bangga dan
bermegah-megah dengan kubur dan jangan membuat tembok, memagarinya
dengan pagar besi yang mahal, menulisnya dengan dakwat emas, mengukir
dan sebagainya.
3. Menjadikan Kubur Sebagai Tempat Solat
Perhatikan hadis dari Jundub, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
” Ingat! Sesungguhnya orang-orang yang sebelum kamu dahulu
menjadikan kubur nabi-nabi dan orang-orang soleh mereka seperti masjid.
Ingat! Sebab itu janganlah kamu menjadikan kuburan seperti masjid.
Sesungguhnya aku melarang kamu berbuat demikian.” (Riwayat Muslim)
Pada hadis lainya dari Abu Martsad Al-Ghanawi:
”Jangan kamu duduk di atas kubur dan jangan kamu solat mengadap kepadanya.”
4. Berjalan di Sela-sela Kubur Memakai Alas Kaki
Mengenai larangan berjalan disela-sela kubur dengan memakai alas
kaki dijelaskan dalam hadis dari Basyir Al-Khashashiah, mengatakan:
Bahawa Rasulullah s.a.w. melihat seorang lelaki berjalan dengan memakai terompah disela-sela kubur, maka baginda bersabda: ”Wahai pemakai terompah, tanggalkanlah terompah itu”.
(Riwayat Al-Khamsah kecuali Tirmizi)
Menurut riwayat, orang itu melihat Rasulullah s.a.w dan ketika diketahuinya.dia melepaskan terompah dan mencampakkannya.
Berdasarkan hadis tersebut di atas,dilarang duduk di
atas kubur. Dan juga dilarang berjalan di sela-sela kubur dengan
memakai alas kaki. Ini dianggap sebagai adab untuk menghormati penghuni
kubur. Kecuali jika ditakuti banyak duri atau sesuatu yang mungkin
membahayakan kaki, maka dalam keadaan demikian dibenarkan memakai alas
kaki.
5. Meletakkan Karangan Bunga Atau Seumpamanya
Meletakkan karangan bunga , bunga rampai dan sebagainya di atas
kuburan tidak disyariatkan di dalam Islam. Tidak ada nasnya dari
Rasulullah s.a.w dan tidak pernah diperbuat oleh sahabat. Perbuatan yang
demikian bertentangan dengan ajaran islam, sebab dapat digolongkan
kepda pembaziran. Firman Allah bermaksud:
” Dan janganlah kamu menghamburkan-hamburkan harta mu secara
boros. Sesungguhnya pemboros-pemboros itu adalah saudara-saudara
syaitan, dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya.”
(Al-Isra’ :26-27)
Diperbolehkan
menyiramkan air biasa di atas pusara si mayat berdasarkan hadits
berikut, “Sesungguhnya Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam
menyiram (air) di atas kubur Ibrahim, anaknya, dan meletakkan kerikil di
atasnya." Hadits diatas oleh Abu Dawud dalam Al Marasil, Imam Baihaqi dalam Sunan, Thabarani dalam Mu’jam Al Ausath. Syaikh Al Albani menyatakan sanadnya kuat di dalam Silsilah Ahadits Shahihah.
Sedangkan menyiram dengan air bunga tujuh rupa atau menabur bunga, maka itu tidak dituntunkan oleh syari’at.
6. Menyembelih Binatang Di atas Kubur
Menyembelih binatang di atas kubur adalah merupakan adat jahiliah yang telah dibasmi oleh islam. Janganlah dikalangan umat islam melakukan sembelihan di atas kubur.
Sebuah hadis dari Anas, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud :
” Tidak ada penyembelihan (binatang di perkuburan) dalam Islam.
(Riwayat Abu Daud)Al-Khattabi berkata: ” Biasanya
orang-orang jahiliah menyembelih unta di makam lelaki dermawan. Kata
mereka: ” Kita membalas kebaikannya, kerana semasa hidupnya dia biasa
menyembelihnya dan menyajikan kepada tetamu. Maka sekarang kita sembelih
haiwan ini dimakamnya untuk menjadi makanan bagi burung-burung dan
binatang buas. Dengan demikian dia tetap menyediakan makanan setelah
meninggal dunia sebagaimana dia telah menyediakan makanan selama
hidupnya.”
Demikianlah adat jahiliah. Dan adat ini telah dibasmikan dan
dilenyapkan oleh ajaran Islam, sesuai dengan hadis tersebut di atas.
7. Madzhab
Maliki menyatakan makruh hukumnya makan, minum, tertawa, dan banyak
bicara, termasuk juga membaca Al Quran dengan suara keras.
Tidaklah elok bagi seseorang yang berada di pekuburan, baik dia bermaksud
berziarah atau hanya secara kebetulan untuk berada dalam keadaan
bergembira dan senang seakan-akan dia berada pada suatu pesta,
seharusnya dia ikut hanyut atau memperlihatkan perasaan ikut hanyut di
hadapan keluarga mayat.
8. Mencium Makam / Binaan Kubur
Syaikh Wahbah Az Zuhaili menyebutkan, “Makruh hukumnya mencium peti yang dibuat di atas makam, atau mencium makam, serta menyalaminya, atau mencium pintunya ketika masuk berziarah makam aulia."
9. Mengkhususkan hari-hari tertentu dalam melakukan ziarah kubur .
Seperti harus pada hari Jum’at, tujuh atau empat puluh hari setelah kematian, pada hari raya dan sebagainya, maka itu tak pernah diajarkan oleh Rasulullah dan beliau pun tidak pernah mengkhususkan hari-hari tertentu untuk berziarah kubur. Sedangkan hadits-hadits tentang keutamaan ziarah pada hari Jum’at adalah dha’if sebagaimana dinyatakan para Imam Muhaditsin. Oleh karena itu, ziarah kubur dapat dilakukan bila-bila saja.
10. Solat Di atas Kubur .
Sedangkan solat seperti di atas kuburan seseorang dan menghadap kuburan tanpa tembok penghalang, maka ulama sepakat tentang ketidakbolehannya. Rasulullah s.a.w bersabda, “Janganlah kalian solat menghadap kuburan dan jangan pula kalian duduk di atasnya." (HR Muslim) Sedangkan jika di samping kubur, maka terjadi sejumlah perselisihan ulama, ada yang memakruhkannya, dan ada yang mengharamkannya.
Demi kehati-hatian, kami berpendapat untuk tidak melaksanakan solat di kompleks pekuburan. Selain itu, Ibnu Hibban meriwayatkan dari Anas bin Malik, Rasulullah s.a.w melarang dari solat di antara kuburan."
Dikecualikan dari hal ini adalah bagi seseorang yang ingin melaksanakan solat jenazah, tetapi tidak berkesempatan mensolati mayit saat belum dikuburkan. Dilarang juga mengencingi dan berak di atas kuburan. Diriwayatkan Abu Hurairah, bersabda Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam, “Barang siapa yg duduk di atas kuburan, yang berak dan kencing di atasnya, maka seakan dia telah menduduki bara api."
11. Thawaf Di Kubur
Tidak diperbolehkan melakukan thawaf (ibadah dengan cara mengelilingi) kuburan. Hal ini sering dijumpai dilakukan oleh orang-orang awam di kuburan orang-orang solih. Dan ini termasuk dalam kesyirikan. Thawaf hanya boleh dilakukan pada Baitullah Ka’bah. Allah berfirman, “ Dan hendaklah mereka melakukan Thawaf disekeliling rumah yang tua (Baitul ‘Atiq atau Baitullah) itu.” (QS Al Hajj : 29)
12. Berdoa, meminta perlindungan, meminta tolong, pada penghuni kubur ( Tawasul ) .
Juga tidak diperbolehkan, hukumnya HARAM dan merupakan kesyirikan. Berdoa hanya boleh ditujukan pada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Sedangkan berdoa dengan perantaraan si mayit (tawasul), maka hal itu diperselisihkan. Pendapat yang kuat adalah tidak diperbolehkan .
13. Tidak diperbolehkan memasang lilin atau lampu di atas pusara kuburan.
Selain hal itu merupakan tatacara ziarah orang Ahli Kitab dan Majusi, dalam riwayat Imam Al Hakim disebutkan, “Rasulullah melaknat….dan (orang-orang yang) memberi penerangan (lampu pada kubur).
14. Tidak boleh memberikan apa-apa sajian berbentuk apapun .
Baik berupa bunga, wang, masakan, beras , kemenyan, dan sebagainya. Juga dilarang menyembelih haiwan atau korban di kuburan. Selain itu, tidak boleh mengambil benda-benda dari kubur seperti kerikil , batu , tanah , bunga , papan , pelepah , tulang , tali dan kain kafan, serta yang lainnya untuk dijadikan azimat.

PENUTUP
Demikianlah antara adab-adab yang perlu dilakukan apabila
menziarahi kubur. Namun ziarah kubur bukanlah hanya dilakukan semasa
hari pengkebumian atau setiap kali menjelangnya hari raya sahaja. Yang
menjadi sunnah ialah dengan menjadikan amalan menziarahi kubur itu
sebagai suatu usaha oarng yang hidup untuk mengingati oarng yang telah
mati. Ia juga mengingati kita tentang kematian dan membuat persediaan
dengan memperbanyakkan amal ibadat sebanyak mungkian kerana setiap yang
bernyawa pasti akan mati. Hanya amal soleh mengukur darjat kita disisi
Allah SWT.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih diatas teguran dan idea anda