Adab Perjalanan


Islam sangat syumul dan sempurna sehinggakan untuk memulakan perjalanan juga ada adab adab dan sunnah seperti mana yang telah di tunjukkan oleh Baginda Nabi SAW
Nukman Bin Basyir r.a. melaporkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda : Bersama jemaah adalah rahmat dan pecah belah daripada jemaah adalah azab. (Musnad Ahmad, Bazzar dan Tabrani)


Abdullah Ibnu Umar r.a. melaporkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Jika manusia tahu kerugian (agama dan duniawi), apa yang daku tahu berkenaan berjalan sendirian, tiadalah seorang pengembara akan berani berjalan sendirian pada malam hari. (Bukhari)


Anas r.a. melaporkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Apabila bermusafir, berjalanlah dalam beberapa bahagian malam kerana bumi dilipatkan pada waktu malam. (Bukhari)


Nota: Ini bermakna bahawa apabila kamu keluar di dalam suatu perjalanan, janganlah hadkan hanya pada siang hari sahaja tetapi berjalanlah juga pada waktu malam hari kerana tidak banyak langkah sebagaimana pada siang hari dan perjalanan menjadi mudah. Inilah maksud bumi dilipatkan pada waktu malam. (Mazahirul Hak)


Abdullah Ibnu Amr Ibnu As r.a. melaporkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Musafir berseorangan adalah syaitan dan sepasang musafir ialah sepasang syaitan tetapi tiga orang musafir adalah satu jemaah (kumpulan). (Tirmizi)


Nota: Seorang penunggang bermakna seorang musafir. Ini bermakna bahawa seorang yang berjalan jauh bersendirian atau dua orang dengan mudahnya diperdayakan oleh syaitan. Untuk menjelaskan ini seorang yang bermusafir bersendirian atau berduaan disebutkan sebagai syaitan. Jadi, dinasihatkan sekurang-kurangnya tiga orang bermusafir di dalam sesuatu perjalanan; supaya mereka dapat juga solat berjemaah dan saling Bantu membantu. (Mazahirul Haq)


Abu Said Al Khudri r.a. melaporkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Apabila tiga orang berada di dalam perjalanan, mereka hendaklah melantik salah seorang daripada mereka sebagai Amir. (Abu Daud)


Ali Bin Rabiah rah. Melaporkan: Daku berada bersama Ali r.a. semasa seekor haiwan tunggangan di bawa baginya untuk ditunggangi. Apabila beliau meletakkan kakinya di atas peletak kaki, beliau berkata; Bismillah (Dengan nama Allah). Apabila beliau duduk di atas belakangnya belaiu membaca: Alhamdulillah (segala pujian bagi Allah). Kemudian membaca: “Maha suci Allah yang telah menundukkan bagi kami tunggangan ini sedangkan kami tidak mempunyai kekuatan untuk mengawalnya, dan sesungguhnya kepada tuhan kami akan kembali”. Beliau kemudian mengucapkan: Alhamdulillah tiga kali, dan tiga kali Allahu Akbar.

Kemudian beliau membaca…..
Maha suci Allah sesungguhnya daku menzalimi diriku maka ampunilah daku, tiada yang mengampunkan dosa melainkanMu”. Kemudian Ali r.a. tersenyum. Beliau ditanya: Mengapa tuan tersenyum? Beliau berkata: Daku melihat Rasulullah s.a.w. membaca doa yang daku telah lakukan dan kemudian tersenyum. Daku bertanya Rasulullah s.a.w.: Apakah yang menyebabkan tuan tersenyum. Baginda Rasulullah s.a.w. menjawab: Tuhanmu Rabb Subhanahu Wataala amat gembira (redha) dengan hambaNya, apabila ia mengucapkan: Ampunkanlah dosaku; oleh kerana hamba menyedari bahawa tiada yang mengampuni dosa melainkanNya. (Abu Daud)


Abdullah Bin Umar r.a. melaporkan: Apabila Rasulullah s.a.w. menaiki untanya bagi bergerak keluar di dalam perjalanan, baginda membaca Allahu Akbar (Allah Maha Besar) tiga kali dan kemudian membaca:
Maha Suci Dia yang telah tundukkan ini bagi kami, kerana kami tidak mempunyai kekuatan (untuk mengawalnya) dan kepada tuhan kami tempat kami kembali. Ya Allah! Kami mengharapkan kurniaan dan kebaikkan daripadaMu di dalam perjalanan ini dan amalan yang menyenangiMu. Ya Allah! Permudahkanlah perjalanan kami ini dan pendekkanlah jaraknya bagi kami. Ya Allah! Engkaulah teman kami di dalam perjalanan ini yang menjaga keluarga dan harta semasa ketiadaan kami. Ya Allah! Daku berlindung kepadaMu daripada kepayahan perjalannan, menyaksikan dan mengalami perkara yang tidak diingini dan menemui perubahan yang tidak di ingini dalam harta dan keluarga semasa kepulangan kami”.

Dan apabila baginda dari perjalanan, baginda akan mengucapkan perkataan yang sama dan membuat tambahan ini: “Kami kembali, bertaubat, beribadat dan memuji Tuhan Kami.” (Muslim)


Abdullah Ibnu Mas’ud r.a. melaporkan: Pada hari Badar, keadaan kami adalah sebegitu hinggakan seekor unta hanya bagi tiga orang dan kami menaikinya mengikut giliran. Abu Lubabah dan Ali r.a. berkongsi unta bersama Rasulullah s.a.w. Apabila tiba giliran Rasulullah s.a.w. untuk turun, Abu Lubabah dan Ali r.a. berkata: Kami akan berjalan bagi pihak tuan (dan bolehlah tuan meneruskan menaiki unta itu), pada itu Rasulullah s.a.w. menjawab: Kamu berdua tidaklah lebih kuat daripada daku dan daku tidaklah kurang memerlukan pahala (ganjaran) daripada Allah daripada kamu. (Syarhus Sunnah lil Baghawi)


Jabir bin Abdullah r.a. melaporkan bahawa Rasulullah s.a.w. biasanya akan berjalan dibelakang semasa perjalanan (disebabkan tawadhu’, bagi membantu dan mengambil berat akan orang lain); dan merangsang supaya binatang tunggangan yang lemah akan tetap bergerak. barangsiapa yang berjalan kaki, baginda akan mengambilnya untuk memboncengnya dibelakangnya, dan sentiasa berdoa untuk mereka semua (yang berada didalam kafilah). (Abu Daud).


Sakhr Al Ghamidi r.a. melaporkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

Ya Allah! Berkatilah umatku pada pagi hari mereka! Apabila Rasulullah s.a.w. menghantar satu ekspedisi, besar atau kecil, baginda akan menhantar mereka pada pagi hari. Sakhr r.a. adalah seorang pedagang dan biasanya beliau menjual barangannya pada permulaan hari melalui pekerja-pekerjanya maka beliau menjadi kaya dan mempunyai banyak harta. (Abu Daud)
Mut’im Ibnu Miqdam r.a. menceritakan: Rasulullah s.a.w. berkata: Apabila seseorang itu dalam keadaan musafir, pertolongan sebaiknya untuk ahli keluarga yang ditinggalkan adalah sembahyang dua rakaat yang dikerjakannya berhampiran dengan mereka. (Jami’us Saghir)


Bukhary meriwayatkan dari Abu Musa Ali Asy’akry,”Ketika Nabi menuju Khaibar para sahabatnya melewati lembah mereka selalu bertakbir dan bertahlil dengan suara yang keras sekali.
Nabi memperingatkan mereka,”Kasihanilah dirimu, sesungguhnya kamu itu tidak berseru kepada Zat yang tuli dan jauh, tetapi kamu berseru kepada Zat yang dengan kamu (ALLAH).
Ketika itu akan berjalan dibelakang kenderaan Nabi dan aku berkata,”La haulah walaa quwata illa billah.”


Nabi bertanya kepadaku,”Mahukah kamu aku tunjukkan suatu kalimat yang merupakan tanaman disyurga?”

Jawabku,”Ya, Rasulullah kalimah apakah yang hendak engkau ajarkan itu?”

Nabi menjawab,”iaitu kalimah Laa haula walaa quwata illa billahi.”


Bukhary meriwayatkan dari Jabir bin Abdullah, “Kami jika menaiki bukit kami bertakbir dan jika menuruni bukit kami bertasbih kepada Allah.”


Antara adab perjalanan adalah seperti berikut:-

1. Rasulullah s.a.w. menyukai memulakan perjalanan pada hari Khamis. (Bukhary)


2. Disukai untuk memulakan perjalanan pada awal pagi, Rasulullah s.a.w. berdoa sebelum perjalanan. (Termizi)


3. Rasulullah s.a.w. telah menyatakan bahawa jika lebih daripada tiga orang bermusafir di dalam satu kumpulan, maka salah seorang daripada mereka hendaklah dilantik menjadi Amir (ketua). (Abu Daud)


4. Sebelum keluar melakukan perjalanan, hendaklah bertemu dengan teman-teman dan saudara-mara dan berdoalah bagi mereka dengan menggunakan doa-doa ini:

“Daku tinggalkan kepada Allah agama kamu, amanah kamu dan penutup amalan kamu.”

5. Apabila meninggalkan rumah, pada memulakan perjalanan hendaklah baca doa berikut:  “Dengan nama Allah, daku bertawakal kepada Allah, tiada daya dan kekuatan melainkan kepada Allah.”



6. Apabila berada di atas kenderaan, bacalah Bismillah dan apabila duduk, bacalah Alhamdulillah kemudian itu bacalah doa berikut:


7. Selepas itu bacalah yang berikut tiga kali:

Alhamdulillah (3X), Allahu Akhbar (3X) dan Laa ilaha ilallah (3X)


8. Kemudian baca istighfar ini:

“Maha Suci Engkau, sesungguhnya daku telah menzalimi diriku, maka ampunkan daku. Bahkan tiada yang mengampunkan dosa melainkan Engkau.” (Mishkaat)


9. Apabila mendaki tempat yang tinggi, hendaklah baca: “Allahu Akhbar”


10. Apabila turun dari tempat yang tinggi, bacalah: “Subhanallah”


11. Apabila terjatuh atau terlibat dalam kemalangan bacalah:
“Bismillah”


12. Apabila belayar diatas kapal, bot, kayak atau kenderaaan yang terapung diatas air, bacalah: “Dengan nama Allah ia belayar dan berlabuh. sesungguhnya Tuhanku pasti Maha Pengampun dan Maha Penyayang.”


13. Sudah menjadi tabiat Rasulullah s.a.w. apabila baginda kembali dari sesuatu perjalanan baginda biasanyanya lakukannya pada masa Dhuha. Pertama baginda akan ke masjid, tunaikan dua rakaat solat Nafilah dan duduk didalam masid bertemu orang ramai buat seketika sebelum kembali ke rumah. (Bukhary)


14. Mereka yang mempunyai banyak bekalan semasa didalam perjalanan hendaklah memikirkan keperluan orang lain yang berada didalam kekurangan. (Muslim)


Sumber :  Adab Perjalanan


No comments:

Post a Comment

Terima kasih diatas teguran dan idea anda

T uan,     MEMOHON SUMBANGAN BAHAN MENTAH Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas. 2.            Untuk makluman Tuan, ...