SRITI wajar menjadi pilihan ibu bapa
dalam membina pendidikan anak-anak kerana di dalamnya bukan sekadar
membina pendidikan akademik akan tetapi pendidikan agama dengan asas
kefahaman yang selari dengan fikrah Islamiah.
Ia adalah satu acuan bagi melahirkan penuntut ilmu yang menerapkan
nilai nilai Islam dalam kehidupan seharian pelajar sehingga amalan
tersebut menjadi tabiat atau kebiasaannya. Pengarah SRITI Negeri Perak, Ustaz Muhammad Mujahid Mohd Fadzil
berkata demikian bahkan menurutnya hafalan al Quran dan Hadis juga
dijadikan sebahagian penerapan sebagai bekalan asas kepada
pelajar-pelajar.
Mujahid memaklumkan untuk sesi 2017 sekitar
sebanyak 10 buah SRITI telah mula beroperasi dengan baik serta menerima
pendaftaran pelajar. Jelasnya, perancangan jangkamasa panjang adalah memastikan SRITI
menjadi pilihan masyarakat sebagai lanjutan PASTI dalam melahirkan
pelapis-pelapis untuk menegakkan Islam melalui institusi pendidikan.