Tuan,
   
MEMOHON SUMBANGAN BAHAN MENTAH

Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.

2.         Untuk makluman Tuan, pada tahun lepas, pihak sekolah meletakkan bayaran makanan kantin didalam yuran, oleh kerana ramai tidak mampu bayar, pihak sekolah terpaksa menampung kos perbelanjaan makanan pelajar tersebut. Pada tahun ini, pihak sekolah terpaksa mengasingkan yuran sekolah dan para pelajar perlu beli makanan di kantin setiap hari. Walaupun begitu, pihak sekolah cuba mencari inisiatif lain untuk meringankan bebanan pihak sekolah & Ibubapa pelajar dengan mencari penyumbang .

3.          Oleh yang demikian itu, kami dengan rendah hati, ingin memohon sumbangan bahan mentah seperti berikut :
1.     Bahan Kering :
1. Beras                       2. Gula            3. Kicap          4. Chili Sos     5.  Minyak            
6. Kopi                        7. Teh              8. Telur

2.     Bahan Basah : ( perlu tanya kantin agar tidak berlebihan dan rosak )
1.     Ayam                    2.  Ikan                        3.  Udang        4.  Sotong

4.         Segala sumbangan dari pihak tuan/puan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan nama di bawah:

Mudir                         :           018 946 4079              (Ustaz Suhaimi Saad)
Pen. Kanan                :           011 3128 6177            (Ustaz Rosli Mat Yasin)
Penyelaras Dana       :           011 1685 8239            ( Ustaz Saufi Abd Rahman )

Sekian, terima kasih .

“PINTAR, SOLEH, RABBANI & MURABBI”
Disediakan oleh,
   

…………………………………………..
ROSLI BIN MAT YASIN
Penolong Kanan 1 ,



JAWATAN KOSONG πŸ‘©πŸ»‍🏫
πŸŽ‰Jawatan Kosong untuk Guru Perempuan SRITI Raudhatu As-Solihin Kg Nawa ,
πŸ‘©πŸ»‍🏫 Kaffah & πŸ‘©πŸ»‍🏫 Diniyah
Syarat-syarat :
1- Muslimah
2- Kelulusan : Diploma ke atas
3- Tidak kisah dengan elaun
4- Berpengalaman diutamakan
5- Fikrah PAS ( Ahli PAS diutamakan )
kepada yang berminat sila hubungi :
πŸ“žUstaz Suhaimi
www.wasap.my/60189464079
πŸ“ž Ustaz Zaid 0135006120
www.wasap.my/60135006120
 Ustaz Rosli : 01131286177
www.wasap.my/601131286177
πŸ“ˆ Hantar resume ke :
sritiraudhatuassolihin@gmail.com
atau
bawa sekali pada hari Temuduga.
🧐 Temuduga πŸ€“:
Tarikh : 5 Mac Khamis 2020
Hari : Khamis
Masa : 10.00 pagi
🏒 Tempat :
Pejabat SRITI Raudhatu As-Solihin, Kg Nawa
https://maps.app.goo.gl/PWebA8JxgzoUQ1Yc8
Mula bekerja selepas cuti sekolah

SUKAN TAHUNAN SRITI RAUDHATU AS-SOLIHIN
Alhamdulillah telah selesai dengan jayanya sukan tahunan SRITI RAUDHATU AS-SOLIHIN bagi sesi 2020.
Tahniah diucapkan kepada para pemenang dan tahniah juga guru-guru yang membimbing pelajar.

Pecah Tanah Block Baru

MAJLIS PECAH TANAH

Pesuruhjaya PAS Kedah, Ustaz Ahmad Yahya merasmikan Majlis Pecah Tanah bagi blok baru SRITI Raudhatu As-Solihin, turut diiringi ADUN-ADUN PAS Negeri Kedah dalam majlis perasmian tersebut.

Blok baru yang dicadangkan terdiri dari 3 buah kelas yang akan menelan belanja sebanyak RM150,000.00. Kami mengharapkkan sumbangan tuan/puan bagi melancarkan pembangunan ini.

Sumbangan boleh di salurkan ke akaun bank sekolah :

02-0750-100-48233
BANK ISLAM
SRITI RAUDHATU ASSOLIHIN
atau boleh hubungi/whatssap :
Ustaz Saufi
011-16858239
http://www.wasap.my/601116858239
Ustaz Ziad :
0135006120
http://www.wasap.my/60135006120
Ustaz Rosli :
01131286177
http://www.wasap.my/601131286177
Segala sumbangan tuan/puan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih

RAYUAN DANA KELAS BARU

Pelajar SRITI Raudhatu Assolihin telah mencecah 60 orang dan sudah memenuhi ketiga-tiga buah kelas yang sedia ada. Kami berhasrat untuk membina sebuah lagi bangunan bagi menampung pelajar tahun hadapan.

Sehubungan dengan itu, kami merayu sumbangan dari pihak tuan/puan yang budiman bagi membina pembangunan ini yang akan menelan perbelanjaan sebanyak RM 150,000.00.

Moga Allah menghantarkan kepada kami insan-insan yang dermawan lagi budiman bagi menyumbang untuk pembangunan ini.

LAWATAN SETIAUSAHA DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN POKOK SENA

SUMBANGAN DIPERLUKAN
Antara pembangunan yang di buat ,tempat bekalan elektrik yang menelan belanja RM38,000.00 , kami
masih memerlukan 18 ribu untuk meneruskan projek ini & memerlukan RM20,000.00 lagi untuk berdaftar dengan TNB.

Kepada tuan-tuan yang budiman lagi dermawan yang ingin memberi sumbangan , boleh hubungi :
Ustaz Saufi ( Penyelaras Dana ) di talian :
Atau terus ke akaun
SRITI RAUDHATU AS-SOLIHIN
02-075-01-004823-3
Sekian terima kasih

Pembinaan SRITI Raudhatu As-Solihin


Lawatan ke tapak Pembinaan SRITI Raudhatu As-Solihin oleh Timbalan Pengerusi AlFadhil Ustaz Zubir Bin Morat serta Ahli Lembaga Pengarah Tuan Hasbullah Saidon , Tuan Bendahari Ustaz Mohd Zaid Morat , Tuan S/Usaha Rosli MY.

Pembinaan telah bermula 09 Julai 2018


Pembinaan SRITI Raudhatu As-Solihin telah pun bermula dengan pada 09 Julai 2018 Isnin dengan pembinaan rumah pekerja dan seterusnya peket² untuk bim serta puting tiang² utama .


Lawatan Pengerusi SRITI Raudhatu As-Solihin Alfadhil YB Ustaz Salim Mahmood Al-Hafiz bersama sebahagian pekerja .

Sukan SRITI 2018



Tahun Pertama dan Pertama kali penyertaan dari SRITI Raudhatu AsSolihin

Pendaftaran 2019 Telah Dibuka!!!!

Pendaftaran untuk Kemasukan 2019 ke Tahun 1 dan 2 di SRITI Raudhatu AsSolihin telah dibuka !!

Dan Pendaftaran untuk Kemasukkan ke PASTI Raudhatu AsSolihin juga telah dibuka!!!
Sila hubungi no telefon yang tertera atau terus ke Pejabat di No 3A , Kampung Nawa , 06400 Pokok Sena , Kedah Darul Aman ..

Sesi Penaziran SRITI bermula !!!



Ahli Lembaga Penaziran SRITI Negeri Kedah telah sampai di SRITI Pokok Sena

Pertandingan Memancing Amal Untuk Dana SRITI Raudhatu Assolihin

Disekitar Aktiviti pertandingan memancing ..

Ustaz Salim Mahmood Al-Hafiz
Tuan Hj Radhi Mat Din
serta rakan² ..


SEKOLAH RENDAH INTEGRASI TERAS ISLAM (SRITI) MALAYSIA TAHUN 2018


Alhamdulillah sehingga kini sebanyak 109 buah SRITI berjaya dibangunkan seluruh MALAYSIA. Penubuhan Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) yang merupakan projek di bawah kendalian Jabatan Pembangunan Sekolah Rendah (JPSR), Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mendapat reaksi yang sangat memberangsangkan dan ramai yang bertanya senarai SRITI yang telah ditubuhkan.

SRITI Optimis Lahirkan Ilmuwan Islam Berkualiti

SRITI wajar menjadi pilihan ibu bapa dalam membina pendidikan anak-anak kerana di dalamnya bukan sekadar membina pendidikan akademik akan tetapi pendidikan agama dengan asas kefahaman yang selari dengan fikrah Islamiah.

Ia adalah satu acuan bagi melahirkan penuntut ilmu yang menerapkan nilai nilai Islam dalam kehidupan seharian pelajar sehingga amalan tersebut menjadi tabiat atau kebiasaannya. Pengarah SRITI Negeri Perak, Ustaz Muhammad Mujahid Mohd Fadzil berkata demikian bahkan menurutnya hafalan al Quran dan Hadis juga dijadikan sebahagian penerapan sebagai bekalan asas kepada pelajar-pelajar.

Mujahid memaklumkan untuk sesi 2017 sekitar sebanyak 10 buah SRITI telah mula beroperasi dengan baik serta menerima pendaftaran pelajar. Jelasnya, perancangan jangkamasa panjang adalah memastikan SRITI menjadi pilihan masyarakat sebagai lanjutan PASTI dalam melahirkan pelapis-pelapis untuk menegakkan Islam melalui institusi pendidikan.


Kursus Guru-Guru SRITI Zon Utara

Kursus Guru-Guru SRITI 
Zon Utara - Perlis, Kedah, P. Pinang
Di Nahdzoh Inn Pulau Pinang 27 - 29 November 2017

Temuduga Pelajar Baru !!!

Raudhatu AsSolihin


Kepada semua Waris Dan Pelajar yang mendaftar di SRITI Raudhatu AsSolihin untuk kemasukkan Januari 2018 ..


TEMUDUGA PELAJAR akan diadakan seperti berikut :

Tarikh  :  09 Disember 2017  /  Sabtu

Tempat :  SRITI Raudhatu AsSolihin

Masa   :  9.00 pagi - 12.00 Tghari

Tempat adalah terhad !!!

Kursus Guru Besar SRITI



Kursus Guru Besar SRITI Peringkat Kebangsaan Siri 2/2017 3-4 Nov 2017
Di adakan di D-Hotel Seri Iskandar, Perak.

"SRITI CEMERLANG ISLAM GEMILANG"

T uan,     MEMOHON SUMBANGAN BAHAN MENTAH Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas. 2.            Untuk makluman Tuan, ...