SEKOLAH RENDAH INTEGRASI TERAS ISLAM (SRITI) MALAYSIA TAHUN 2018


Alhamdulillah sehingga kini sebanyak 109 buah SRITI berjaya dibangunkan seluruh MALAYSIA. Penubuhan Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) yang merupakan projek di bawah kendalian Jabatan Pembangunan Sekolah Rendah (JPSR), Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mendapat reaksi yang sangat memberangsangkan dan ramai yang bertanya senarai SRITI yang telah ditubuhkan.

SRITI Optimis Lahirkan Ilmuwan Islam Berkualiti

SRITI wajar menjadi pilihan ibu bapa dalam membina pendidikan anak-anak kerana di dalamnya bukan sekadar membina pendidikan akademik akan tetapi pendidikan agama dengan asas kefahaman yang selari dengan fikrah Islamiah.

Ia adalah satu acuan bagi melahirkan penuntut ilmu yang menerapkan nilai nilai Islam dalam kehidupan seharian pelajar sehingga amalan tersebut menjadi tabiat atau kebiasaannya. Pengarah SRITI Negeri Perak, Ustaz Muhammad Mujahid Mohd Fadzil berkata demikian bahkan menurutnya hafalan al Quran dan Hadis juga dijadikan sebahagian penerapan sebagai bekalan asas kepada pelajar-pelajar.

Mujahid memaklumkan untuk sesi 2017 sekitar sebanyak 10 buah SRITI telah mula beroperasi dengan baik serta menerima pendaftaran pelajar. Jelasnya, perancangan jangkamasa panjang adalah memastikan SRITI menjadi pilihan masyarakat sebagai lanjutan PASTI dalam melahirkan pelapis-pelapis untuk menegakkan Islam melalui institusi pendidikan.


T uan,     MEMOHON SUMBANGAN BAHAN MENTAH Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas. 2.            Untuk makluman Tuan, ...