SRITI Raudhatu AsSolihin beriltizam untuk melahirkan Para Huffaz dan Du'at :
- Yang berkemahiran dalam bidang Al-Quran
- Berwibawa dan berketerempilan melalui program tahfiz Al-Quran dan Sains
- Membina ummah yang berkualiti seterusnya menterjemahkan Al-Quran dalam semua aspek kehidupan
SISTEM PENGAJIAN
- Sistem Pengajian di SRITI Raudhatu AsSolihin berasaskan kepada mata pelajaran yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pembangunan Sekolah Rendah [ JPSR ] Pusat .
- Kurikulum TAHFIZ dan KAFFAH sebagai kurikulum khusus berkonsepkan tauhid merentasi kurukulum .
- SRITI Raudhatu AsSolihin juga menggunakan sistem pengajian yang merangkumi beberapa aspek iaitu :
- Silibus Pengajian
- Syarat Kemasukan Pelajar .
- Sistem Peperiksaan .
- Ko-Kurikulum
SISTEM TAHFIZ
- Sistem Tahfiz di SRITI Raudhatu AsSolihin adalah cara memastikan setiap pelajar telah menghafaz 1 juzuk dan untuk naik menghafaz juzuk seterusnya wajiblah dipastikan dulu hafazan sebelumnya oleh guru tasmi' .
- Majlis Graduasi akan diadakan apabila para pelajar tamat darjah 6 dan Sijil Pencapaian Hafazan akan diberikan ketika majlis tersebut diadakan .
- Manakala Sijil Tahfiz pula akan diberikan mengikut jumlah juzuk yang telah dihafal dalam masa 6 tahun .