Sekolah Rendah Intergrasi Teras Islam Raudhatu As-Solihin , Pokok Sena , Kedah Darul Aman
Puasa dan hukum jenayah syariat
Sumber Artikel Puasa dan Hukum Jenayah SyariatIBADAT puasa, seperti ibadah solat, adalah jalan utama memperolehi sifat TAQWA. Ia dinyatakan secara jelas di dalam ayat 183 surah al Baqarah.Ayat kefarduan puasa tersebut sebenarnya telah didahului oleh ayat-ayat terdahulu bermula daripada ayat 177 sehingga ayat 182 yang mengisyaratkan satu pernyataan yang menarik. Allah melalui ayat-ayat tersebut telah menyeru para hambaNya yang beriman kepada tiga arahan dan amalan iaitu;Pertama, seruan melakukan amal kebajikan (al birr). Kedua, seruan melaksanakan al qisas (hukuman kesalahan jenayah). Ketiga, seruan agar berwasiat (hukum harta pusaka). Masing-masing ayat tersebut diakhiri dengan sifat TAQWA bagi mereka yang melaksanakannya. Malah, ayat yang menyeru kepada kewajiban al qisas adalah hampir sama dengan ayat yang menyeru kepada kewajiban berpuasa. Ia berakhir dengan "semoga kamu menjadi orang-orang yang BERTAQWA."Jelas, sebagaimana ibadah rukun seperti solat, puasa, zakat dan haji adalah bertujuan memimpin orang yang beriman kepada sifat TAQWA, begitulah halnya hukum-hukum syariat yang lain. Perlaksanaan syariat Islam akan menyemarakkan sifat TAQWA dalam kehidupan individu dan masyarakat Islam.Justeru sebagaimana kita bersungguh-sungguh melaksanakan ibadah solat dan puasa dengan matlamat memperolehi TAQWA, begitulah sayugia kita bersungguh-sungguh menyeru diri, masyarakat dan pemerintah agar memburu TAQWA dengan melaksanakan syariat Islam, hukum-hakam dan halal haramnya sepenuhnya.Allah berfirman, "Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu semua ke dalam Islam sepenuhnya dan janganlah kamu mengikuti jejak langkah syaitan. Sesungguhnya dia bagi kamu adalah musuh yang nyata." (al Baqarah:208)Islam adalah agama yang sempurna dan menyeluruh. Ia tidak boleh dijuzuk-juzukkan, diambil dan ditinggalkan sesuka hati. Ia jelas menuruti jejak langkah syaitan dan menghilangkan sifat TAQWA dalam diri dan masyarakat. Mari bersama menyeru kepada Islam yang syumul.
PERUTUSAN PRESIDEN PAS SEMPENA HARI GURU 2017
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengambil kesempatan pada hari bermakna tanggal 16 Mei 2017 untuk mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru dengan mengangkat tema “Guru Pembentuk Generasi Rabbani”.
Kita menerima hakikat bahawa institusi perguruan dalam sektor pendidikan merupakan faktor utama kejayaan dalam pembangunan insan dan jati diri rakyat Malaysia. Bermula dengan pendidikan pra sekolah, peringkat rendah, sekolah menengah sehingga universiti mahu pun ditempat pengajian pondok tidak dapat lari daripada peranan seorang guru.
Peranan guru sebagai pendidik untuk melahirkan manusia bukan sahaja diberi ilmu bahkan diasuh dengan acuan yang memenuhi fitrah, naluri, sifat semulajadi dan tujuan diciptakan manusia oleh Allah SWT untuk mengabdikan diri kepada Allah, memakmurkan bumi (khalifah) dan menunaikan amanah dengan adil.
Negara perlu mengikut acuan pendidikan yang diajar oleh Allah SWT berteraskan pendidikan holistik (menyeluruh dan bersepadu) berpaksikan ketuhanan yang selari dengan ayat pertama diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW, إقرأ باسم ربك الذي خلق (Bacalah! Dengan Nama Tuhanmu yang menciptakan).
Apabila pendidikan negara yang menjadi acuan pembangunan insan tidak mengikut ciri-ciri kejadian dan peranannya, nescaya melahirkan manusia yang tidak mengikut petunjuk Allah dalam melaksanakan cara hidup sama ada individu atau bermasyarakat yang melibatkan politik, ekonomi, sosial kemanusiaan dan masyarakat madani.
Maka guru yang cemerlang ialah guru yang memikul tanggungjawab untuk mengisi jiwa anak muridnya dengan nilaian roh, akal dan jasad bagi memenuhi fitrah insani demi mencapai matlamat manusia diciptakan.
Akhirnya, saya ingin mengucapkan sekali lagi selamat menyambut Hari Guru kepada semua warga pendidik walau di mana anda berada.
“Sejahtera Bersama Islam”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 19 Syaaban 1438H / 16 Mei 2017M
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengambil kesempatan pada hari bermakna tanggal 16 Mei 2017 untuk mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru dengan mengangkat tema “Guru Pembentuk Generasi Rabbani”.
Kita menerima hakikat bahawa institusi perguruan dalam sektor pendidikan merupakan faktor utama kejayaan dalam pembangunan insan dan jati diri rakyat Malaysia. Bermula dengan pendidikan pra sekolah, peringkat rendah, sekolah menengah sehingga universiti mahu pun ditempat pengajian pondok tidak dapat lari daripada peranan seorang guru.
Peranan guru sebagai pendidik untuk melahirkan manusia bukan sahaja diberi ilmu bahkan diasuh dengan acuan yang memenuhi fitrah, naluri, sifat semulajadi dan tujuan diciptakan manusia oleh Allah SWT untuk mengabdikan diri kepada Allah, memakmurkan bumi (khalifah) dan menunaikan amanah dengan adil.
Negara perlu mengikut acuan pendidikan yang diajar oleh Allah SWT berteraskan pendidikan holistik (menyeluruh dan bersepadu) berpaksikan ketuhanan yang selari dengan ayat pertama diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW, إقرأ باسم ربك الذي خلق (Bacalah! Dengan Nama Tuhanmu yang menciptakan).
Apabila pendidikan negara yang menjadi acuan pembangunan insan tidak mengikut ciri-ciri kejadian dan peranannya, nescaya melahirkan manusia yang tidak mengikut petunjuk Allah dalam melaksanakan cara hidup sama ada individu atau bermasyarakat yang melibatkan politik, ekonomi, sosial kemanusiaan dan masyarakat madani.
Maka guru yang cemerlang ialah guru yang memikul tanggungjawab untuk mengisi jiwa anak muridnya dengan nilaian roh, akal dan jasad bagi memenuhi fitrah insani demi mencapai matlamat manusia diciptakan.
Akhirnya, saya ingin mengucapkan sekali lagi selamat menyambut Hari Guru kepada semua warga pendidik walau di mana anda berada.
“Sejahtera Bersama Islam”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 19 Syaaban 1438H / 16 Mei 2017M
Perutusan Khas Hari Guru 2017 Oleh Ustaz Muhammad Khalil Bin Abd Hadi
GURU ISTIQAMAH MENUJU KEMENANGAN
GURU memikul peranan sangat besar
selepas ibu bapa dalam mencorak pembentukan dan penyempurnaan akhlak
hingga lahirnya insan yang memenuhi tuntutan dunia serta akhirat.
‘Uswatun hasanah’ yang terbit dari diri guru dalam mencerna garapan,
serapan dan rangsangan ilmu ke atas setiap anak didikan, adalah ‘punca
kuasa’ kepada tercapainya agenda negara.
Berbanding ketinggian kedudukan
diberikan kepada para pemimpin yang berperanan menjaga dan mengawal
ummah, bagi para guru pula, keikhlasan jasa bakti dan istiqamah mereka
dalam mendidik tidak mungkin terbalas dengan sebarang penghargaan dan
penghormatan. Kerana itulah, dalam budaya Islam sebagaimana terakam pada
kebanyakan kitab fekah, bab memuliakan guru antara intisari terawal
pengajian.
Lebih lagi dalam dunia global yang
meledakkan teknologi pintar diwarnai pula dengan kecanggihan gajet dan
peranti mudah capai yang mampu mengubah orientasi pemikiran, budaya,
gaya hidup dan nilai. Sekaligus profesion dan tanggungjawab guru semakin
mencabar dalam menangani pelbagai akibat dan konflik jati diri dan
personaliti generasi. Ini termasuk mengurus kerencaman kaum, budaya dan
agama rakyat Malaysia.
Justeru itu, para guru diseru
mengupayakan diri dengan ilmu dan pengalaman serta menguasai kemahiran
secara holistik agar terus mampu mengembleng pengembangan minda dan
kompetensi anak didik secara kreatif dan inovatif. Seterusnya para guru
mampu mendepani futuristik dan dinamika dunia pendidikan, termasuk
mengekang dan menghindari generasi dari gejala merosakkan secara
konsisten dan beristiqamah.
Selaku entiti politik dan gerakan Islam
yang menggerakkan usaha kepada ummah khususnya anak muda, kami merasa
sangat hampir dan seiring dengan para guru. Mengakui koalisi guru dalam
meningkatkan kualiti sistem pendidikan negara agar setaraf kepesatan
dunia, Kementerian Pendidikan Malaysia mesti meneliti keperluan semasa
para guru.
Isu Program Dwi-Bahasa (DLP) yang
mencelarukan, beban tugas kian banyak, penempatan tidak strategik dan
aspek berkebajikan, kemudahan sekolah yang masih jauh ketinggalan,
peruntukan kewangan semakin mengecil dan banyak lagi isu yang
mengelilingi warga pendidik, wajib diberi perhatian. Dengan harapan, ia
tidak merencatkan minat dan kesungguhan para guru mengiltizamkan usaha
membina keseimbangan jasmani, emosi, rohani dan intelek sebagaimana
hasrat pengajaran dan pembelajaran.
Buat semua warga pendidik, teruskan
beristiqamah. Selamat menyambut Hari Guru 2017. Semoga khidmat bakti
dalam dunia pendidikan akan dikurniakan ganjaran besar di sisi Allah SWT
serta mencapai kemenangan dunia dan akhirat.
Sekian, terima kasih.
“Mara Menuju Cita”
“Sejahtera Bersama Islam”
USTAZ MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
Definasi Wakaf
Definisi Wakaf
Dari sudut bahasa perkataan Wakaf adalah berasal dari perkataan Arab ” Al-Waqf ” (اَلْوَقْفُ) yang bermaksud harta yang diwakafkan. Ia juga bermakna harta yang ditahan “Al-Habs” ( اَلْحَبْسُ ) atau harta yang dihalang ” Al-Mana’ “( اَلْمَنْعُ ).
Mengikut istilah syarak pula, wakaf membawa maksud menahan sesuatu
harta daripada pewakaf dan memberikan manfaatnya untuk kebajikan dan
kepentingan agama dan umat Islam atau kepada penerima wakaf yang telah
ditentukan oleh pewakaf sepertimana yang dinyatakan didalam hujjah wakaf
dari mula harta itu diwakafkan hinggalah ke akhirnya semata-mata kerana
Allah Subhanahu Wa Taala buat selama-lamanya dan ianya tidak boleh
diambil kembali atau dimiliki oleh mana-mana individu.Jenis-jenis Wakaf
Secara umumnya wakaf terbahagi kepada 2 iaitu:
i) Wakaf Ahli (wakaf keluarga)
wakaf ini dikhususkan manfaatnya kepada ahli keluarga yang telah ditentukan oleh pewakaf.
ii) Wakaf Khairi (Wakaf Kebajikan)
wakaf ini terbahagi kepada wakaf am dan wakaf khas.
Bagi wakaf am ianya boleh diertikan sesuatu wakaf yang diwujudkan oleh pewakaf bagi tujuan manfaat umum umat islam mengikut hukum syarak seperti untuk kemudahan atau pembangunan ekonomi umat islam menerusi pelbagai aktiviti yang dijalankan dengan berasaskan hukum syarak.
Bagi Wakaf khas pula ianya diertikan sesuatu wakaf yang diwujudkan oleh pewakaf bagi tujuan manfaat tertentu umat islam mengikut hukum syarak seperti mewakafkan tanah untuk tujuan masjid, surau, sekolah agama, perkuburan islam dan lain-lain yang dikhususkan oleh pewakaf.
Dari definisi Wakaf di atas, dapat menjelaskan bahawa amalan soleh yang utama adalah yang mempunyai kesinambungan manfaat dan pahalanya pula akan berterusan selama mana harta wakaf itu masih dimanfaatkan. Ada harta yang menjangkau tempoh yang amat lama maka pahala itu berterusan selama mana penderma itu masih hidup (di dunia) sehingga selepas dia mati (Akhirat).
Aktiviti yang berasaskan wakaf adalah:
i) ada barangan atau aset atau sesuatu yang di wakafkan
ii) barangan itu dimanfaatkan secara berterusan.
Antara contoh aktiviti wakaf adalah:
1. Pembangunan Masjid dan juga tempat beribadat
2. Projek saliran air sungai
3. Penulisan mushaf, kitab-kitab yang bermanfaat dan aktiviti pembacaan
4. Pembekalan air perigi, air paip dan seumpamanya
5. Pembangunan pertanian
6. Program pendidikan ilmu yang berguna dan diamalkan
7. Progam pembangunan keluarga bahagia teladan
Di dalam kitab Tanbihul Ghafilin oleh Abullaits Assamarqandi telah dihuraikan aktiviti-aktiviti yang memberi kesan manfaat dan pahala yang berpanjangan seperti berikut:
“Yazid Arraqqasyi meriwayatkan dari Anas r.a. berkata: ‘Tujuh macam yang dapat
diterima pahala sampai sesudah matinya:
1. Siapa yang membangun masjid maka ia tetap mendapat pahalanya selama ada orang sembahyang di dalamnya.
2. Siapa mengalirkan air sungai, selama ada yang minum daripadanya.
3. Siapa yang menulis mushaf ia mendapat pahala selama ada orang yang membacanya.
4. Orang yang menggali sumur (perigi) selama masih ada orang mempergunakan airnya.
5. Siapa yang menanam tanaman selama dimakan oleh manusia atau burung.
6. Siapa yang mengajar ilmu yang berguna, selama dikerjakan oleh orang yang mempelajari.
7. Orang yang meninggalkan anak salih mendoakan dan membaca istighfar baginya; yakni jika mendapat anak lalu diajari ilmu dan Al-Qur’an, maka ayahnya akan mendapat pahalanya selama anak itu melakukan ajaran-ajarannya, tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri; sebaliknya jika dibiasakan berbuat lacur fasik maka ia mendapatdosanya tanpa mengurangi dosa orang yang berbuat sendiri.”
Jelas bahawa program wakaf amat luas dan tidak terbatas kepada projek “keagamaan” semata-mata tetapi meluas kepada apa-apa aktiviti yag menepati amal yang soleh dan berkepentingan awam. Boleh disimpulkan bahawa aktiviti baik yang berterusan dan mendatangkan manfaat kepada pihak lain adalah dalam ruang lingkup wakaf atau sadaqah jariah.
Kredit kpd :
1. Artikel @ Definasi Wakaf
2. Image @ SRITI Raudhatu As-Solihin
Apa Yang Kita Perlu Tahu Tentang SRITI
SRITI - Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam
Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam atau SRITI merupakan sebuah pusat pendidikan peringkat rendah milik Parti Islam Se-Malaysia. Ia dikelola oleh Jabatan Pembangunan Sekolah Rendah, sebuah jabatan di bawah Dewan Pemuda PAS Malaysia. SRITI merupakan usaha kesinambungan kepada Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) yang menawarkan pendidikan bersepadu peringkat rendah yang berasaskan kurikulum integrasi tahfiz, fardhu ain dan fardhu kifayah.
Sejarah Penubuhan
SRITI ditubuhkan secara rasmi pada tahun 2016 di bawah kelolaan Jabatan Pembangunan Sekolah Rendah yang bertanggungjawab menyelaras sistem, merangka silibus, membuat perancangan strategik dan membuka Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) di seluruh negara. Untuk tahun pertama 2016 sebanyak 11 buah SRITI telah dibuka dan mula beroperasi,
Model SRITI
SRITI menawarkan tiga model iaitu :
1. SRITI Harian,
2. SRITI Petang
3. SRITI Tahfiz.
Terdapat juga sekolah yang menggunakan silibus KAFFAH (Kurikulum Asas Fardhu Ain & Fardhu Kifayah) yang digunakan oleh SRITI.
Kredit kpd FB @ Khairul Faizi Ahmad Kamil
Aktiviti Kutipan Dana
Kutipan dana di Majlis Muktamar PAS yang ke 63 di Kompleks PAS Kedah dari 28 April hingga 01 Mei 2017 bersama sahabat² serta AJK SRITI Raudhatu As-Solihin
Membersihkan Tapak
Membersihkan tapak SRITI yang baru dibeli bersama penduduk kampung dan sahabat SRITI .
Subscribe to:
Posts (Atom)
T uan, MEMOHON SUMBANGAN BAHAN MENTAH Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas. 2. Untuk makluman Tuan, ...
-
Alhamdulillah sehingga kini sebanyak 109 buah SRITI berjaya dibangunkan seluruh MALAYSIA. Penubuhan Sekolah Rendah Integrasi Teras Isla...
-
Pengajaran yang berkesan adalah hasil usaha seorang guru yang berjaya dalam mengaplikasikan pelbagai pendekatan, strategi, kaedah dan te...
-
SRITI - Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam atau SRITI merupakan sebuah pusat pendidikan perin...