TAHNIAH ATAS PELANTIKAN DATO' SYEIKH FADZIL HJ AWANG



Kenyataan Media PAS Kedah

TAHNIAH ATAS PELANTIKAN DATO' SYEIKH FADZIL HJ AWANG

1. Badan Perhubungan PAS Kedah ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Dato' Sheikh Fadzil Haji Awang di atas pelantikannya sebagai Mufti Kerajaan Negeri Kedah oleh KDYMM Tuanku Sultan Kedah bagi menggantikan Dato' Sheikh Muhamad Baderudin Haji Ahmad yang telah tamat tempoh perkhidmatannya.

2. Dato' Sheikh Fadzil Haji Awang adalah seorang ulamak berwibawa yang terkenal dengan ketinggian ilmu serta ketajaman hujahnya. Justeru pelantikan sebagai Mufti yang memimpin Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah sangatlah tepat; khususnya di negeri yang majoritinya berpegang kepada Ahli Sunnah Waljamaah dan bermazhab Shafie.
3. PAS Kedah mengharapkan Yang Berbahagia Dato' Mufti dapat memikul amanah memelihara keutuhan agama Islam di negeri ini dengan sebaiknya serta bertegas dalam meletakkan syariah Islam di tempat yang sewajarnya.
4. PAS Kedah juga ingin merakamkan penghargaan kepada Yang Berbahagia Dato' Sheikh Muhamad Baderudin Haji Ahmad sepanjang perkhidmatannya sebagai Mufti sebelum ini. Keseriusan beliau dalam usaha menegakkan kesucian aqidah serta kegigihan di bidang dakwah Islamiyah di negeri ini tidak dapat dinafikan. Semoga beliau dapat terus mencurahkan bakti dalam menegakkan Islam, selagi hayat dikandung badan.
Dr. Ahmad Fakhrudin bin Sheikh Fakhrurazi
Pesuruhjaya PAS Kedah
21 Julai 2017.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih diatas teguran dan idea anda

T uan,     MEMOHON SUMBANGAN BAHAN MENTAH Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas. 2.            Untuk makluman Tuan, ...