Apa Yang Kita Perlu Tahu Tentang SRITI


SRITI - Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam atau SRITI merupakan sebuah pusat pendidikan peringkat rendah milik Parti Islam Se-Malaysia. Ia dikelola oleh Jabatan Pembangunan Sekolah Rendah, sebuah jabatan di bawah Dewan Pemuda PAS Malaysia. SRITI merupakan usaha kesinambungan kepada Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) yang menawarkan pendidikan bersepadu peringkat rendah yang berasaskan kurikulum integrasi tahfiz, fardhu ain dan fardhu kifayah. 

Sejarah Penubuhan 

SRITI ditubuhkan secara rasmi pada tahun 2016 di bawah kelolaan Jabatan Pembangunan Sekolah Rendah yang bertanggungjawab menyelaras sistem, merangka silibus, membuat perancangan strategik dan membuka Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) di seluruh negara. Untuk tahun pertama 2016 sebanyak 11 buah SRITI telah dibuka dan mula beroperasi, 

Model SRITI 

SRITI menawarkan tiga model iaitu :
1.  SRITI Harian, 
2.  SRITI Petang  
3.  SRITI Tahfiz. 

Terdapat juga sekolah yang menggunakan silibus KAFFAH (Kurikulum Asas Fardhu Ain & Fardhu Kifayah) yang digunakan oleh SRITI.

Kredit kpd FB @ Khairul Faizi Ahmad Kamil

T uan,     MEMOHON SUMBANGAN BAHAN MENTAH Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas. 2.            Untuk makluman Tuan, ...