Pembinaan SRITI Raudhatu As-Solihin


Lawatan ke tapak Pembinaan SRITI Raudhatu As-Solihin oleh Timbalan Pengerusi AlFadhil Ustaz Zubir Bin Morat serta Ahli Lembaga Pengarah Tuan Hasbullah Saidon , Tuan Bendahari Ustaz Mohd Zaid Morat , Tuan S/Usaha Rosli MY.

Pembinaan telah bermula 09 Julai 2018


Pembinaan SRITI Raudhatu As-Solihin telah pun bermula dengan pada 09 Julai 2018 Isnin dengan pembinaan rumah pekerja dan seterusnya peket² untuk bim serta puting tiang² utama .


Lawatan Pengerusi SRITI Raudhatu As-Solihin Alfadhil YB Ustaz Salim Mahmood Al-Hafiz bersama sebahagian pekerja .

Sukan SRITI 2018



Tahun Pertama dan Pertama kali penyertaan dari SRITI Raudhatu AsSolihin

Pendaftaran 2019 Telah Dibuka!!!!

Pendaftaran untuk Kemasukan 2019 ke Tahun 1 dan 2 di SRITI Raudhatu AsSolihin telah dibuka !!

Dan Pendaftaran untuk Kemasukkan ke PASTI Raudhatu AsSolihin juga telah dibuka!!!
Sila hubungi no telefon yang tertera atau terus ke Pejabat di No 3A , Kampung Nawa , 06400 Pokok Sena , Kedah Darul Aman ..

Sesi Penaziran SRITI bermula !!!



Ahli Lembaga Penaziran SRITI Negeri Kedah telah sampai di SRITI Pokok Sena

SEKOLAH RENDAH INTEGRASI TERAS ISLAM (SRITI) MALAYSIA TAHUN 2018


Alhamdulillah sehingga kini sebanyak 109 buah SRITI berjaya dibangunkan seluruh MALAYSIA. Penubuhan Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) yang merupakan projek di bawah kendalian Jabatan Pembangunan Sekolah Rendah (JPSR), Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mendapat reaksi yang sangat memberangsangkan dan ramai yang bertanya senarai SRITI yang telah ditubuhkan.

SRITI Optimis Lahirkan Ilmuwan Islam Berkualiti

SRITI wajar menjadi pilihan ibu bapa dalam membina pendidikan anak-anak kerana di dalamnya bukan sekadar membina pendidikan akademik akan tetapi pendidikan agama dengan asas kefahaman yang selari dengan fikrah Islamiah.

Ia adalah satu acuan bagi melahirkan penuntut ilmu yang menerapkan nilai nilai Islam dalam kehidupan seharian pelajar sehingga amalan tersebut menjadi tabiat atau kebiasaannya. Pengarah SRITI Negeri Perak, Ustaz Muhammad Mujahid Mohd Fadzil berkata demikian bahkan menurutnya hafalan al Quran dan Hadis juga dijadikan sebahagian penerapan sebagai bekalan asas kepada pelajar-pelajar.

Mujahid memaklumkan untuk sesi 2017 sekitar sebanyak 10 buah SRITI telah mula beroperasi dengan baik serta menerima pendaftaran pelajar. Jelasnya, perancangan jangkamasa panjang adalah memastikan SRITI menjadi pilihan masyarakat sebagai lanjutan PASTI dalam melahirkan pelapis-pelapis untuk menegakkan Islam melalui institusi pendidikan.


T uan,     MEMOHON SUMBANGAN BAHAN MENTAH Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas. 2.            Untuk makluman Tuan, ...